Dadah ialah apa-apa juga bahan kimia sama ada asli atau tiruan apabila dimasukkan ke dalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental.
Tugasan Murid:
Matlamat Projek: Mengkaji penyalahgunaan dadah di kalangan pelbagai masyarakat. Mengkaji kesan-kesan dadah terhadap diri, keluarga dan masyarakat.
Peranan Murid: Anda berperanan sebagai penyiasat dari PEMADAM menjalankan kaji selidik untuk mengumpul maklumat tentang keburukan-keburukan penggunaan dadah secara salah. Anda akan menemubual rakan sebaya atau organisasi luar untuk mendapatkan maklumat terperinci tentang penagihan dadah.
Sasaran: Rakan sebaya, Ibu bapa dan masyarakat
Apa yang perlu anda lakukan: 1. Membuat persembahan hasil tugasan dalam bentuk tayangan powerpoint. 2. Membuat perancangan untuk mengadakan pameran. 3. Mencipta dan mengedarkan risalah kepada masyarakat yang terlibat.
Produk: Tayangan powerpoint, pameran dan risalah
Penilaian: Tayangan powerpoint akan dinilai oleh murid dari kumpulan lain. Pameran dan risalah akan dinilai oleh guru.
Tempoh Masa: 5 minggu